RNT merupakan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan membekal, menjual dan penyelesaian berkaitan komputer, komunikasi dan teknologi maklumat.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan akses internet, membekal dan menjual perkakasan dan peralatan komputer, aksesori komputer, model komputer dan laptop, pemasangan dan penyelenggaraan, membaik pulih, menaik taraf, melakukan modifikasi sistem dan senibina komputer, installasi perkakasan dan perisian, rangkaian komputer, sewaan komputer, kontrak perkhidmatan servis dan khidmat rundingan kepada pelanggan.

i. Visi Dan Misi
Matlamat kami adalah untuk menjadi nadi penggerak pembekal dan perkhidmatan ICT yang berkualiti, efektif dan inovatif kearah merialisasikan objektif syarikat dan kerajaan .Bagi mencapai matlamat itu, kami sentiasa bertungkus – lumus mempertingkatkan kemahiran kami dalam bidang berkaitan dan mengkaji cara terbaik dalam menyediakan perkhidmatan dan jualan kelas pertama kepada pelanggan kami.
Misi jangka-pendek RNT adalah untuk membina asas yang kukuh dalam perniagaan ini melalui penguasaan kemahiran dan latihan dalam pengurusan operasi, peningkatan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan penguasaan dalam pengurusan kewangan .
Manakala misi jangka-panjang RNT adalah untuk mengembangkan lagi perniagaan ini ke tahap di mana pemilik mempunyai beberapa cawagan dan mampu menyerahkan tugas – tugas operasi perniagaan kepada kakitangan mengikut bahagian atau unit yang akan diwujudkan oleh RNT.
ii. Objektif
1. Meningkatkan kompetensi ICT dalam masyarakat sekeliling.
2. Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat di dalam semua aktiviti.
3. Menjadi pusat jualan dan rujukan dalam perkhidmatan dan penggunaan teknologi ICT.
4. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan ICT yang berkualiti.
5. Menerokai teknologi baru dalam perkhidmatan dan perlaksanaan ICT.