RizNet Technology [RNT] merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal dan milik penuh bumiputera yang telah ditelah didaftarkan pada 07 september 2006 dan dijalankan buat permulaannya secara ‘’Small office home office [SOHO]’’ sehingga pertengahan bulan Februari 2007. RNT mula bertapak dan membuka premis perniagaannya yang pertama di Taiping Perak pada Mac 2007 dan diikuti dengan kedai kedua milik perkongsian RNT di Batu Kurau Perak pada September 2008. Seterusnya pada awal 2009 RNT Taiping telah berpindah ke lot kedai yang baru pada lokasi yang sama dimana ruang kedai tersebut lebih besar dan mampu menyokong keperluan permintaan pelanggan terhadap perkhidmatan internet di RNT Taiping.
RNT turut terlibat didalam beberapa projek 'Sub Con' bagi Syarikat seperti Formis Network, MINDEF, SNW Network, KPerak, HPL Systems Dan Koridor Utara. Didalam perkembangan pembangunan perniagaan RNT bekerjasama dengan syarikat milikan dan perkongsian yang lain seperti Grand Modalista, AZ IT Centre, BlueBird Ent dan Sri Dayung Enterprise. Pada Februari 2010, RNT mula terlibat dengan perkongsian perniagaan bagi menjalankan kerja-kerja utiliti seperti perkhidmatan mencuci premis atau bangunan, memotong rumput, mengecat, pemasangan dan pembaikkan utiliti serta beberapa skop kerja yang lain.